Wednesday, 20 May 2015

TAFSIRAN AL FATIHAH



Saban hari kerap meniti di bibir insan yang bergelar muslim tatkala solat fardu didirikan, sedar mahupun tidak sedar sebanyak 17 kali surah ini kita baca sehari hari. Namun, wujudkah penghayatan di sebalik setiap makna? Ikhlaskah hati tatkala membaca? Sedarkah setiap kata kata yang dilafazkan, wujudnya 1001 lafaz yang tersirat? Diri ini bukanlah insan sempurna buat mengorak kata kata pujangga, namun disebalik hati ingin berkongsi sesuatu yang In Sya Allah mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Sebagaimana firman-Nya di dalam surah At-tur ayat 55 yang bermaksud :
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin"



Setiap insan tidak pernah lari dari kesalahan yang acap kali dilakukan, Allah telah menurunkan ayat tersebut agar kita sentiasa ingat mengingati sesama insan. Sesungguhnya hati akan mati tatkala alpa dan leka daripada peringatan sehari hari. Berbalik kepada surah yang menjadi topik awal sebentar tadi, adakah kita sedar tatkala membaca ayat pertama, kita secara tidak langsung telah mengaku bahawa Allah ialah Tuhan kita yang satu . 
.........................................................
Jadi mengapa masih ragu terhadap keEsaannya ? Mengapa masih ragu terhadap kekuasaanNya ? Dan mengapa masih ada segelintir di antara kita yang seakan akan tidak pernah sedar akan kewujudanNya ?

Sedarlah wahai insan, kandungan surah Al-fatihah itu sudah cukup merangkumi seluruh isi Al-quran. Betapa indahnya ayat Allah apabila kita memahami dan menghayatinya,
Menghafaz 30 juzuk bukanlah prasyarat untuk masuk ke syurga. Bilamana Allah berkehendak dan menumpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita, tiada yang mampu menghalangnya.

Tatkala surah Al-fatihah dibacakan, pada awalnya kita memuji Allah dengan pujian yang tidak akan pernah ada pada sesuatu makhluk pun di dunia ini, "Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang" berdasarkan ayat yang dinyatakan, Allah telah mengumumkan kepada sekalian hambaNya bahawa di dunia ini, tiada yang lebih hebat daripada cintaNya , maka mengapa harus kau cari dan buru cinta yang tidak nyata ? Manakah penghayatan kita ? Mengapa insan yang bergelar hamba Allah tetap ingin menggilai cinta selain daripada cintaNya? 

Sedarlah hakikat yang sebenar. Allah telah menjagamu dengan sebaik baik penjagaan yang tidak tertanding hatta belaian dan kasih sayang seorang ibu pun. Walaupun dosa dan kesalahanmu bertimbun ibarat pasir di lautan, Allah masih jua membuka pintu taubatNya dan merindui setiap tangis ampun dari kita :') . Allah juga menyatakan bahawa Dialah penguasa hari pembalasan, Matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk menjadi hamba yang diredhai-Nya. Yakinlah hari pembalasan pasti berlaku. 

Dunia ini ibarat sebuah kapal yang bila bila masa kan hanyut, maka isikanlah dengan iman dan taqwa sebagai layar yang akan mengemudi kita ke arah yang benar.

"Hanyalah kepada Mu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan " , tanpa Allah, siapalah kita , ........ Hanya insan yang hina, hmm...
Yang layak dicaci, dimaki mahupun diherdik sana sini. Namun janganlah kata kata ini menjadi tiket untuk kita merelakan diri daripada dikerjakan oleh orang lain, Kita masih punya maruah, masih punya harga diri yang harus dipertahankan di hadapan sesama manusia itu sendiri.
Allah datangkan Islam untuk memuliakan orang yang dikehendakiNya maka tidakkah kita sedari ? Satu hal yang sering kita lupa bahawa Allah telah menganugerahkan sesuatu yang menjadi tunjang kepada diri. Maka mengapa kita mengabaikan kurniaan itu ?

"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, Jalan orang orang yang kau beri nikmat... "  allahu :'( , tidakkah kita berasa malu ? Memohon agar ditunjukkan ke arah kebenaran sebanyak 17 kali sehari , namun mengapa masih membuat perkara yang batil ? Wahai mu'min, ingatlah, sesungguhnya solat itu mencegah daripada kemungkaran, Sudah menjadi fitrah manusia menghendaki sesuatu yang menyenangkan hati. Dan ingatlah , hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah pula, 

"Bukan jalan mereka yang Kau murkai , dan bukan pula jalan mereka yang sesat" Naudzubillahi min zalik, andai kita tergolong dalam golongan yang dimurkai dan sesat, hidup ini terasa seperti tiada kebenaran yang masih tersisa. Hanya perjalanan yang penuh dengan dosa dan nista. Biarpun pelbagai onak dan ranjau ditempuhi, namun tiada gunanya andai tergolong dalam golongan yang dimurkai dan sesat di sisi Allah. Maka, dengan itulah jangan hayan sekadar membaca , namun perlulah dihayati. Cukup sedikit kupasan yang tidak saya ketahui mampu menyentuh sanubari anda ataupun tidak,
Hanya kepada Allah kita berserah, dan berharap agar kita kembali ke pangkuanNya, 

Wallahua'lam. -2013-

No comments:

Post a Comment