Tuesday, 9 June 2015

PUTIH

Halusinasi,
aku dan duniaku sendiri,
berlandaskan kertas kosong,
hakikat alam,
penyeri hidup,
kerana tanpa putih tidakkan terhasil warna lain.

Kertas,
imaginasi terhasil,
dunia terbina,
alam yang kosong mula wujud ruang
petak,
tiga segi,
oktagon,
mahupun nanogon,
senantiasa wujud satu mahupun pelbagai segi
yang didalamnya tidak wujud perbatasan,
tidak pula sempadan.

Putih,
sembilu jalan,
mula melakar corak,
yang setiap satunya mempunyai rahsia tersembunyi,
hanya pengawal yang tahu
iaitu kau dan aku.

Ibarat superzero menginjak ke superhero,
miskin mengganti sang raja,
malang yang dicampakkan tuah,
sakit yang diberi sembuh,
dan semua ini ibarat daripada tiada kepada ada.

Maka itu hakikat halusinasi,
kerana dengan kertas putih itu kau berinteraksi,
biar mereka kata kau gila,
tapi kau tahu apa erti gila,
dan,
sementara mereka masih lagi tersekat dengan garisan lurus,
kau selangkah lagi menulis nasib,
yang mungkin ramai seteru,
atau jalan hidup tiada liku.

Manifestasi kehidupan,
pepatah berkata anak ibarat kain putih,
ibu bapa mencorakkan,
tapi,
tidakkah kau ingin memegang penamu sendiri ?

Pen itu,
hak milikmu,
ibu bapa wasilah Tuhan,
nikmat karunia,
maka pergunakan,
tidak pula kau persia.

Akhir kata,
kertas . putih . kau . aku .


No comments:

Post a Comment