Tuesday, 19 May 2015

GELISAH




Kegelisahan melanda,
tak mampu ku melihat mahupun mendengar,
tak disangka selemah itu,
awan yang cerah membanjiri bumi yang kian gersang,
tanpa petanda dari guruh,
khabar kini tidak sampai,
kerna mungkin tidak diketahui,
tidak terduga ternyata Tuhan membiarkan begitu sahaja,

Tanpa disedari permata yang dinilai kini musnah begitu sahaja,
ibarat perasaan seseorang yang tidak mampu kau duga,
akhirnya jatuh dalam kesepian perigi buta,

Inginku melafazkan kata kata namun tak tercapai olehnya,
dia tidak pernah kenal apa erti sebuah pengorbanan

Bukan berniat ingin su'uzhan namun keadaa yang memaksa,
perigi itu kini hilang dilitupi semak samun yang kian menebal,
mencampakkan diri begitu sahaja,
hilang dalam igauan memori yang makin lutu di ufuk senja,

Rembulan tidak mengizinkan buat berkongsi secebis cahaya yang mungkin mampu ku manfaati
ku nikmati kesuciannya yang tidak pernah dicemari

Sang mentari juga begitu,
tiada pengharapan di sebalik ini semua
hanya mengharap yang Maha Esa 
agar membuka pintu 
dan ...
aku hanya mengharap cebisan cahaya agar dapat memberi harapan

-28/10/2011-

No comments:

Post a Comment