PENGENALAN
Kemurungan (gangguan kemurungan utama) adalah penyakit perubatan biasa dan sangat serius yang boleh menjejaskan bagaimana anda rasa, cara anda berfikir dan bagaimana anda akan bertindak dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, setiap penyakit di dunia ini pasti ada ubat yang tertentu. Sama seperti kemurungan, ia juga masih boleh dirawat. Kemurungan menyebabkan perasaan sedih dalam diri atau kehilangan minat dalam aktiviti yang dilakukan yang boleh dikenali sebagai rasa sedih atau mempunyai perasaan yang tertekan. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah emosi dan fizikal serta boleh mengurangkan kemampuan seseorang untuk berfungsi di tempat kerja dan di rumah. Gejala kemurungan boleh berbeza-beza dari ringan kepada teruk dan boleh termasuk rasa sedih atau mempunyai hilang perasaan minat atau kesenangan dalam aktiviti sekali gus perubahan dalam selera makan yang menyebabkan penurunan berat badan ataupun mempunyai waktu yang sukar untuk tidur, tidur terlalu banyak sehingga mengakibatkan lesu dan kekurangan tenaga atau meningkat tahap keletihan . Aktiviti fizikal akan turut terjejas, contohnya tangan kuyup, pergerakan yang perlahan dan pertuturan yang tidak teratur dan perlakuan tersebut hanya dapat dilihat dan diperhati oleh orang lain. Selain itu, individu juga akan merasakan pemikiran mereka tidak bernilai, tidak dapat menumpukan perhatian atau membuat keputusan untuk membunuh diri kerana bagi seseorang yang mempunyai masalah kemurungan, mereka hanya memikirkan kematian sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Cara-cara untuk mendiagnosis kemurungan adalah tanda-tanda ini akan hadir sepanjang hari sama ada setiap hari atau hampir setiap hari untuk sekurang-kurangnya dua minggu sekali dalam kehidupan. Di samping itu, gejala kemurungan akan menyebabkan kesedihan klinikal yang sangat penting atau kemerosotan nilai dalam diri.
Kemurungan dapat dibezakan dengan sama ada seseorang individu itu mengalami kesedihan yang disebabkan oleh sesuatu perihal seperti kematian, kehilangan pekerjaan yang memberi sumber rezeki atau pengakhiran hubungan dan itu adalah suatu pengalaman yang sukar bagi seseorang untuk bertahan. Menjadi kebiasaan untuk kita mengalami perasaan kesedihan ini dan secara tidak langsung ia dapat membangunkan tindak balas kepada situasi tertentu. Mereka yang kerap mengalami kehilangan kerap menggambarkan diri mereka sebagai "tertekan." Tetapi kesedihan yang dialami adalah tidak sama seperti seseorang mempunyai kemurungan. Proses bersedih adalah semula jadi dan unik kepada setiap individu. Kedua-dua kesedihan dan kemurungan ini mungkin melibatkan kesedihan yang melampau sehingga menyebabkan mereka menarik diri daripada aktiviti harian.
Kebanyakan orang tidak tahu apa itu kemurungan sebenarnya. Terdapat segelintir masyarakat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai kemurungan, dan itu kerana masyarakat tidak berusaha untuk memahaminya walaupun masalah kemurungan sering berlaku pada diri kita. Jadi, daripada kita mendengar kepada fakta yang salah baik adalah lebih baik kita mengetahui dan melihat fakta kemurungan dari sudut pendidikan. Orang ramai perlu memahami apa kemurungan kerana ia memberi kesan kepada lebih daripada 350 juta orang di seluruh dunia. Ini bermakna orang yang berada di sekeliling kita setiap hari boleh mempunyai kemurungan. Namun begitu ramai orang yang menyimpan kemurungan itu seorang diri dan menganggap bahawa tiada orang yang boleh menolongnya mengenai kemurungan yang dihadapinya kerana kekurangan pengetahuan.
Apa yang sebelum ini dikenali sebagai kemurungan, kini dikenali sebagai kemurungan klinikal, kemurungan utama, atau hanya kemurungan dan biasanya dikenali sebagai gangguan kemurungan oleh ramai profesional penjagaan kesihatan. Kemurungan fizikal ditemui oleh seorang doktor Yunani bernama Hippocrates, dikreditkan dengan idea bahawa kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam empat cecair badan, dipanggil humors: hempedu kuning, hempedu hitam, kahak, dan darah .
Jenis-jenis kemurungan
1. Depresi utama (unipolar kemurungan)
Depresi utama juga dikenali sebagai unipolar kemurungan merupakan depresi tahap kritikal. Perkara ini merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan sehariannya. Contohnya bekerja, tidur dan makan. Tanda-tanda penyakit psikologi ini adalah perasaan sedih yang berterusan, kekosongan, berputus asa, tidak berdaya, merasakan diri tidak berguna, dan sentiasa rasa bersalah. Tanda ini akan kekal selama sekurang kurangnya dua minggu pada pesakit tersebut. Depresi ini akan muncul sekali atau dua dalam hidup seseorang.
2. Dysthymia disorder
Dysthymia disorder merupakan satu jenis depresi ringan yang berlaku dalam jangka masa panjang. Kebanyakan pesakit yang menghidap ciri-ciri depresi ini tidak akan menghiraukannya kerana mereka tidak percaya bahawa gejala mereka ini bakal menyumbang kepada kemurungan yang dahsyat. Dysthymia disorder ini tidak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan harian pesakit namun ia akan memberi kesan jangka panjang. Orang yang mengalaminya akan sering terlupa atau tidak ingat akan sesuatu perkara semasa mereka tertekan.
3. Kemurungan(depresi) posnatum
Kemurungan posnatum atau meroyan adalah sesuatu yang biasa. Pendapat mengatakan seorang daripada empat ibu akan mengalami kemurungan ini. Kebanyakan ibu akan mengalami “baby blue” selepas melahirkan anak yang pertama. Seorang ibu yang menghidapi murung bayi. Pada fasa awal selepas melahirkan anak , ibu tersebut akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan ibu tersebut. Masalah ini adalah tidak serius dan berlaku dalam jangka masa pendek .
Tanda-tanda dan gejala kemurungan
Masalah kemurungan di kalangan orang awam amat menjejaskan kesihatan mereka. Hal ini demikian kerana individu yang mengalami kemurungan mudah berputus asa dalam kehidupan. Tanda-tanda individu yang mengalami kemurungan dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa aspek iaitu perubahan sikap, gangguan emosi, dan perubahan fizikal individu tersebut. Antara tanda-tanda yang perlu dititikberatkan adalah:
• Sedih yang berlarutan, gelisah atau berasa kosong.
• Rasa diri tidak berguna dan bersikap pesimis terhadap diri sendiri.
• Mudah berasa jengkel.
• Sentiasa rasa diri bersalah, tidak berguna dan tidak berdaya untuk menolong sesiapa.
• Hilang minat terhadap hobi dan aktiviti yang disukai.
• Mudah berasa penat.
• Tidak bermaya.
• Sukar untuk menumpukan perhatian, mengingat sesuatu ataupun membuat keputusan.
• Mempunyai kesukaran untuk tidur, bangun tidur yang terlalu awal atas faktor gelisah ataupun terlebih tidur.
• Hilang selera makan dan berat badan berkurang atau sebaliknya.
• Mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan putus harapan untuk meneruskan kehidupan.
• Pening kepala, kekejangan otot, masalah pencernaan yang tidak dapat dikenal pasti puncanya dan tidak dapat diubati dengan rawatan daripada doktor.
Berikut merupakan tanda dan gejala yang biasa dialami oleh seseorang individu yang menghidapi kemurungan sama ada sedar atau tidak sedar. Seseorang individu berkemungkinan mengalami hanya beberapa tanda-tanda yang disebutkan dan ada individu yang lain mengalami hampir kesemua tanda-tanda dan gejala yang berikut.
Punca-punca kemurungan
Terdapat beberapa
punca berlakunya kemurungan dalam seseorang individu. Punca-punca kemurungan
dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu faktor genetik, sejarah kehidupan, hormon
yang tidak seimbang dan kekurangan sokongan sosial.
Menurut Dr Khoo Yoong Khean (2016),
dalam aspek faktor genetik, individu yang mempunyai sejarah keluarga yang
mengalami kemurungan akan mudah mendapat risiko kemurungan. Hal ini demikian
kerana faktor genetik dalam pengagihan gangguan kemurungan akan meningkatkan
risiko individu tersebut untuk mengalami kemurungan. Individu yang mempunyai
sejarah keluarga ketagihan arak dan bunuh diri juga salah satu sebab individu
tersebut boleh mengalami kemurungan.
Dalam aspek sejarah kehidupan
individu pula, individu yang mengalami trauma dalam kehidupan terutamanya
sewaktu kecil akan mudah mendapat kemurungan. Hal ini demikian kerana sejarah
lama memberi impak yang besar kepada mereka. Sejarah hidup yang mempunyai kesan
negatif seperti penderaan fizikal semasa masih kecil akan meningkatkan risiko
kemurungan terhadap individu tersebut. Ini kerana individu tersebut akan merasa
tertekan dan sentiasa ingat dengan peristiwa tersebut.
Menurut
Dr Khoo Yoong Khean (2016) lagi, kemurungan boleh juga berpunca daripada
hormon. Serotonin merupakan hormon utama yang melibatkan hormon dalam otak. Hal
ini berlaku kepada individu yang menerima rawatan seperti selepas melahirkan
anak, mengambil ubat-ubatan dan kardiovaskular. Hormon dalam otak turut
terganggu dan ia melibatkan ketidakseimbangan dan seterusnya meningkatkan
risiko kemurungan. Hormon lain yang terlibat termasuklah norepinephrine dan
dopamin.
Akhir sekali punca kemurungan ialah
kurangnya sokongan sosial. Apabila individu merasa dirinya kurang sokongan
sosial, ia mudah untuk mendapat kemurungan. Kebiasaannya, wanita selepas hamil
mudah mendapat kemurungan kerana merasa dirinya tidak mendapat sokongan penuh
daripada keluarga atau kawan. Kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan
individu tersebut mudah mendapat kemurungan. Menurut Dila Dellia (2006), sokongan sosial amat penting kerana ia
memberi kesan positif kepada individu sekaligus mengelakkan individu terus
mendapat masalah kemurungan.
Hubung kait kemurungan dan otak
Menurut
definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia- WHO, kemurungan termasuk di dalam
kategori gangguan kesihatan mental. Penyakit mental adalah penyakit yang
melibatkan gangguan pada fungsi otak yang berhubung kait rapat dengan proses
pemikiran, perasaan dan tingkah laku dan ini mengganggu mereka menjalankan
aktiviti harian mereka. Kemurungan sering kali disertai dengan kebimbangan dan
bahagian otak yang aktif ketika seseorang mengalami kemurungan adalah amygdala
yang berfungsi dalam mengawal emosi. Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh
Ahli Majlis Saintifik NARSAD yang diketuai oleh Yvette I. Sheline, M.D, mereka
menjalankan kajian ke atas beberapa orang sukarelawan wanita di Pennsylvania
yang mengalami kemurungan. Sukarelawan ini bebas daripada ubat ubatan doktor
selama tiga minggu dan pemerhatian yang dapat disimpulkan daripada kajian ini,
terdapat tiga bahagian otak yang terganggu iaitu hippocampus, amygdala dan
korteks prefrontal.
(Cirino,
2015) Hippocampus terletak di pusat otak dan tugasnya adalah untuk menyimpan
memori dan menghasilkan hormon yang bernama kortisol. Hormon ini dikeluarkan
ketika kita mengalami tekanan dan apabila hormon ini dihasilkan secara
berlebihan dan dalam jangka masa yang lama akan melambatkan penghasilan sel
baru di dalam otak dan menyebabkan neuron di dalam hippocampus mengecut dan
mati. Korteks prefrontal pula terletak di bahagian hadapan otak dan bahagian
ini penting untuk membuat keputusan, berfikir dan menghasilkan memori yang
baru. Penghasilan hormon kortisol yang berlebihan juga menyebabkan neuron
bahagian hadapan otak kita mengecut dan mati. Hormon kortisol mengakibatkan
saiz amygdala membesar dan lebih aktif dan ini mengakibatkan bahagian otak yang
lain mengalami aktiviti yang tidak normal dan merembeskan kuantiti hormon yang
tidak sepatutnya dengan banyak yang mengakibatkan timbulnya masalah yang lain.
![]() |
Perbezaan kadar aktiviti otak yang sihat dan otak yang
mengalami kemurungan
Amygdala dan hippocampus
yang aktif ketika otak mengalami kemurungan
|
Wanita lebih
cenderung untuk mengalami kemurungan dua atau tiga kali lebih daripada lelaki
dan ini boleh dijelaskan melalui faktor kitaran haid, mengandung, konflik
dalaman dan juga emosi yang sentiasa tidak stabil. Seseorang individu yang berisiko
untuk mengalami kemurungan adalah disebabkan bebanan tekanan, trauma,
penderaan,terasa diabaikan, sejarah peribadi dan keluarga dan juga gangguan
personaliti (Tesar, 2010).
Rawatan dan Pencegahan
Terdapat beberapa langkah awal untuk
mencegah dan mengubati kemurungan. Langkah pertama yang boleh dibuat secara
individual adalah dengan mengenal pasti dan mendiagnosis simptom kemurungan. Dr
Mago berkata “Tidak semua simptom ini ada pada semua individu tetapi
kebanyakannya dialami oleh semua orang.” Antara rawatan dan pencegahan yang
boleh dilakukan ialah :
1. Psikoterapi
Psikoterapi adalah
antara cara untuk mengatasi kemurungan yang boleh dicuba oleh seseorang yang
menghidap simptom kemurungan. Psikoterapi dijalankan oleh kalangan doktor,
psikologi atau pakar kaunseling dan dalam sesi ini, pesakit akan lebih banyak
berbicara dan berkongsi masalah yang dihadapinya kepada pakar kaunseling.
Terapi ini lebih fokus kepada tingkah laku kognitif dan interpersonal terapi.
Tujuan psikoterapi adalah:
- Mengubah, mengurang dan menghapuskan gejala gangguan psikologi yang
dihidapi oleh pesakit tersebut.
- Mengatasi pola perilaku yang terganggu oleh pesakit yang mengalami depresi
tersebut.
- Meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan keperibadian yang positif
terhadap pesakit.
- Memperkuat motivasi pesakit atau klien untuk melakukan hal yang positif dan benar seterusnya dapat menghilangkan tekanan emosi.
2. Antidepresan
Jenis kemurungan yang
berbeza memerlukan jenis rawatan yang berbeza beza. Pakar terapi haruslah membezakan
antara kesedihan yang biasa dialami oleh seseorang individu sebagai contohnya
kematian ahli keluarga yang terdekat, kemurungan bipolar, dan mungkin juga
kemurungan unipolar (Iliades, 2010). Antidepresan diperlukan jika depresi tersebut
semakin teruk dan berlanjutan dalam beberapa tempoh tertentu. Antidepresan
trikitaran (TCAs) merupakan antidepresan yang paling kerap digunakan, penyekat
kadar penyerapan semula serotonin yang terpilih (SSRIs), penyekat monoamina
oksidas, litium dan beberapa antidepresan baru seperti penyekat kadar
penyerapan semula serotonegik noadrenegik. Litium dan penstabil perasaan yang
lain seperti natrium valproat dan karbamazepin selalunya digunakan untuk
meningkatkan kemungkinan antidepresan.
Tindak
balasnya perlahan dan pesakit perlu bersabar sewaktu minggu pertama dan kedua
setelah mengambil antidepresan kerana kesannya tidak akan berlaku serta merta.
Apabila pesakit sudah berasa lebih baik, adalah penting untuk tidak berhenti
mengambilnya secara serta merta kerana pesakit mungkin kembali ke keadaan
kemurungan sekali lagi. Pesakit boleh mengambil diet biasa dan ubat ini sesuai untuk
digunakan bersama ubat penghilang kesakitan, antibiotik dan pil pencegah hamil
jenis telan. Pesakit seharusnya tidak mengambil minuman alkohol kerana ianya
akan menjejaskan pil tersebut dan membuat pesakit sangat mengantuk. Ubat-ubatan
anti-kebimbangan seperti diazepam bukannya anti-depresan. Diazepam kadangkala
dipreskripsi bersama dengan anti-depresan tetapi tidak seharusnya diambil
secara berasingan untuk gangguan kemurungan.
3. Terapi
elektrokonvulsi (ECT)
Setelah pesakit dapat
mengenal pasti kemurungan apakah yang dialami, pakar kesihatan berkemungkinan
akan memberi beberapa cadangan perubatan seperti menjalani terapi
elektrokonvulsif (ECT) (Rujuk rajah 1.4). ECT mula diperkenalkan pada tahun
1940-an yang melibatkan arus elektrik dialirkan pada bahagian spesifik otak dan
pesakit diletakkan di bawah kawalan bius. Rawatan ini harus dilakukan sekurang
kurangnya empat hingga enam kali dan pesakit akan mengalami beberapa kesan
sampingan seperti sakit kepala, sakit otot, loya, kekeliruan dan hilang daya
ingatan yang tidak memudaratkan pesakit (Castro, 2016). Keseluruhan tatacara
ini akan mengambil masa 15 minit dan apa yang diketahui oleh pesakit ialah
beliau sebenarnya telah tidur. Satu rawatan ECT melibatkan enam hingga dua
belas rawatan, yang biasanya diberi selama tiga kali dalam seminggu.
No comments:
Post a Comment