Today I'm gonna talk about Pesta Birumuh 2017 that was held at Serian, Sarawak on 1st April 2017 .
So apa tu Pesta Birumuh?
Mula2 pun aku tak tahu dan masa tu UNIMAS tengah cari volunteer untuk join perarakan Pesta Birumuh,maka aku dengan baik hatinya mengisi nama memandangkan cuti semester telahpun bermula. Tambahan pula benda tu free hewhew. Yelah nama pun volunteer kan mana ada orang bayar.
So yeah, lets get to know a little bit about Pesta Birumuh.
Pesta Birumuh ni kaum bidayuh (sebuah etnik di Sarawak) yang akan raikan selepas aktiviti 'beruma' ataupun menanam padi. Pesta ini juga dikenali sebagai Rami Onu Gawai dan masyarakat bidayuh akan berkumpul untuk meraikan hasil tuaian mereka. Ala senang cerita kenduri kesyukuran la bak kata orang melayu macam aku ni haa. Tujuan diorang sambut pesta ni sebenarnya, diorang ni tengah puja semangat padi agar hasil tuaian pada masa akan datang akan bertambah dari semasa ke semasa. Seram kan bunyinya sebab diorang puja semangat. Tapii kepercayaan masing masing kan? Marilah kita hormati dan raikan. Kenapa kena puja? Sebab mereka percaya padi ni ada roh / jiwa yang harus dihormati. Beras tak boleh disia-siakan dan kalau kita membazir, nanti beras tu tersinggung perasaan dan ini juga berkait rapat dengan semangat padi dan akan mengakibatkan hasil tuaian pada masa akan datang tidak memberansangkan. Ala senang cerita macam mak ayah aku ni haa, selalu sangat waktu kecik2 cakap 'Kalau tak habis nasi tu, nanti malam malam dia menangis' and guess what?! Aku pernah tak habiskan nasi semata nak dengar betul ke tak dia menangis and tak menangis pun hahahahah. Alahai semata mata betul stay up one night duduk kat dapur sebab nak tahu kebenaran. Tak tahu parents korang macam mana kan? Serian ni majoriti mereka bidayuh, sebab tu lah Pesta Birumuh ni diadakan kat sini. Macam macam etnik tadi ada tau dan kalau korang ada opportunity one day untuk join benda ni , please la pergi. This is the one side of hidden world in MALAYSIA yang korang tak akan jumpa kat mana mana . Kampung Budaya pun tak ada benda ni.
Sebab aku bukan Sarawakian kan so tak berapa nak tahu lah sangat pasal semua benda ni. Just tahu basic je dan tak sempat nak tanya sebab eksaited bak hang tengok baju tradisional diorang. Masa aku pergi tu under BAYU(Badan Budaya UNIMAS). Nak tahu bayu tu apa? Klik di sini. Perjalanan ke Serian memakan masa sejam macam tu and kalau gerak depan sikit nanti jumpa Ranchan. Port air kolam panas yang awesome!! Ceh, aku tak pernah lah pergi tapi member2 ah sembang tempat tu best apa smua. So yeah, that's all about my trip. Hope you guys enjoy it.
![]() |
Sebahagian kaum yang menyertai perarakan pesta birumuh |
![]() |
Bersama makhluk yang dipercayai digunakan untuk memuja semangat padi |
![]() |
Kontijen UNIMAS yang menyertai pesta Birumuh |
No comments:
Post a Comment