Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entri pada harini akan ditulis di dalam bahasa Malaysia memandangkan dah nak genap sebulan aku melalui proses mematikan sel otak di rumah. Lagha, tengok kdrama, makan, tidur, dan pelbagai aktiviti yang sewaktu dengannya apabila seorang mahasiswa seperti aku cuti semester.
Entri kali ini aku terpanggil untuk bercerita tentang masalah kencing manis, darah tinggi dan penyakit yang common dikalangan rakyat Malaysia dulu kini dan selamanya mungkin?
Aku ada seorang pakcik ni. Beliau sekarang di ambang 60-an. Dah sayup2 orang kata gituw.. Mak dengan bapak aku cerita dia ni pelanggan tetap hospital di atas faktor kencing manis. Yelah, dah tua kan, common la tu ada sakit macam macam. Dengar cerita yang terbaru beliau kena admit hospital lagi sebab apa entah aku malas nak ambil port tapi as usual lah bapak aku cakap
'kencing manis lah tu'
'kenapa dia boleh kena kencing manis yah?'
(Ahahaha tak logik langsung tanya soalan macam ni untuk seorang pelajar yang dah berumur 20 tahun. Of course lah kan sebab pengambilan gula yang berlebihan dalam tempoh jangka masa yang panjang.) Tapi bukan jawapan tu yang ayah aku bagi. Ayah aku cakap
'Sebab makan tu. Dia kan pangkat besar, orang selalu jemput makan sana sini. Asal meeting je mesti ada makan.' 'Ohhh....haah kan, tak terpikir pulak.'
Dan tiba tiba terflashback satu scene last year masa aku pergi klinik nak cuci telinga.
Tengah duduk lepak lepak sementara tunggu nombor giliran kena panggil untuk jumpa doktor, ada seorang budak medic dari MSU (tengah praktikal rasanya) approach aku. Tanya soalan basic mcm datang klinik sakit apa dengan siapa dari mana dsb. Aku pun cerita lah pasal earwax aku yang bermasalah dan dia cuba korek my family history record. (Benda biasa la kan doktor tanya, kotlah sakit keturunan ke apa). Ada satu soalan tu aku ingat tau dia tanya
'Takde, mak ayah saya sihat je.'
'Kencing manis, darah tinggi semua takde?'
'Haah takde, satu family sihat alhamdulillah'
'Serious ke?'
'Eh apa pulak nak tipu, Serious la ni 💁'
' Parents umur berapa?'
' 50 and 51'
'Lepastu tak ada sakit apa apa ke? sihat je'
'Ye. Semua sihat.'
(Masa ni dalam hati rasa nak bagi penampo je kat akak tu sebab tak percaya parents aku bebas dari penyakit "common" rakyat Malaysia.) Masa tu jugak aku pikir "kenapa ? Semua orang wajib ada darah tinggi semua tu ke cane? apesal la akak ni tak percaya aish."
Lepastu tak sempat nak borak sangat aku punya nombor dah kena panggil so aku pergi la jumpa doktor huhu.
Berbalik kepada topik penyakit "common" rakyat Malaysia, bila bapak aku kaitkan makanan dengan kencing manis, aku rasa sangat relevan dan nampak logiknya di situ. Family kitorang jenis yang kalau boleh hari hari kau makan sayur bening dan kalau takde sayur tu memang rasa gelisah la satu hari hahaha. Compared dengan pakcik aku tadi, aku selalu datang rumah dia time raya je. Yelah kan buat apa nak datang hari2 bukan rapat pun 😂😂 and kuih raya dia semua sedap sedap aka menggemukkan dan menambahkan berat badan yang kau cuba turunkan masa bulan Ramadhan. Aku cakap macam ni sebab rumah aku jenis hidang kuih raya takat kerepek tiga empat jenis, tart nenas tu wajib ada sebab parents aku hantu tart nenas, almond london? (ikut mood) ha tu je. Kalau jumpa kuih pelik2 tu sebab ada orang sedekah lettew. Entah, kita orang prefer bagi lauk rather then hidang kuih raya je actually. Tapi kalau kau datang sergah je memang kau jamah air kosong je la ye hihihi. Based on kuih raya kat rumah pakcik aku tu kita boleh tengok la kan cara pemakanan dia kat rumah macam mana. Lagila bila orang buat jamuan....makan free tu.. siapa lah nak tolak. Kalau besar tong tu, semua kau nak balun kan.. elehh, ngaku jela. Pergi walimah pun melantak. Ni lagi lah kau pangkat besar lepastu orang suka jemput kau merata rata lepastu ada makanan haaaa hahah.
Aku takde lah nak bagi artikel kesihatan sebab zaman sekarang kan orang lagi suka refer pakcik google daripada doktor yang berhempas pulas demi segulung ijazah alih alih korang tak guna khidmat dia. *No bias tau kat sini* Tapi faktor biasa orang kena penyakit ni sebab tak jaga makanlah. Semua berpunca dari makanan sebenarnya. Hahah spesies aku lah kalau salah makan sikit mulalah perut nak buat pelik2, masuk angin lah, kembung lah, eh stress aku. Berbalik kepada kencing manis tadi, kalau nak salahkan gula je tak boleh jugak. Semua makanan yang kau ambil tu ada kuantiti gula tahu tak? Banyak sikit je beza dia. Tapi kalau makanan common macam air tin,pepsi,cola, 3 in 1 tu tahulah kan memang banyak kuantiti gula dia masya allah dan spesies macam aku yang terlebih 'rajin' ni memang suka lah benda macam ni. Mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan buah fikiran. Tapi lepas aku refleksi balik, lama dah aku berhenti minum 3 in 1 ni. Kalau tekak tu gatal nak cari air manis, mesti aku punya otak cakap 'Kau malas nak buat air ni, minum air masak jelah. Air manis leceh lah, nak kena ambil gula, nak bancuh lagi, lepastu nak kena basuh ' ha selalu dah mcm tu, and yes memang end up minum air kosong je haha oh tedah. Jap jap ni macam dah lari tajuk je ni. Alahai maklumlah memang suka menjemah.
Okay so point kat sini, jaga makan jaga makan jaga makan !!
Aku dah ta'akid kan dah tu. Jaga makan ! Dah aku dah kering nak tulis apa sebab aku tulis dari petang tadi lepastu tinggal kejap lesap semua benda nak cerita. Till we meet again.
No comments:
Post a Comment