Aneh bukan ?
Ciptaan dia yang sering berbolak balik
kerana kita tahu , bukan kita yang mengawalnya
sebaliknya, itu berada di tangan Dia
Tahukah kau itu apa ?
Sampai sekarang aku masih tidak tahu kenapa harus wujud
Perit. Sakit . Bak sembilu menusuk
Selalu aku yang kecewa
Selalu aku yang menanggung sedihnya
Kerana apa ?
Oh ya.. aku masih punya perasaan
Aku masih seorang manusia
yang dilimpahi kasih dan sayang,
suka dan duka,
dan itu semua berpusat pada situ.
Saintis berkata itu dan ini,
Para alim ulama berkata ini dan itu,
Menjadi budak sains kerap buat aku terpesong,
Susah . Jerih , Payah .
Menggabung dua elemen ini
Aku masih memerlukan bimbingan integrasi....
Ya Allah kuatkan hati yang engkau kerap membolak balikkan,
Ya Allah tetapkan hatiku padaMu,
Jangan benarkan sesuatu mengambil alih perhatianMu daripada hatiku,
Ma fi Qalbi Ghairullah
No comments:
Post a Comment