Monday, 27 July 2015

Hidup atau Mati ?

Pabila putus asa itu menyinggah,
cepatlah kau mencarik jarum dan benang,
jahitlah asa itu,
jangan dibiarkan terputus sahaja

Pabila kau rasa down gila gila,
terokailah bangunan pencakar langit di negaramu,
Cari lah tangga dan daki ia satu persatu sehingga kau temui anak tangga yang terakhir
Maka ketika ini lihatlah ke bawah dan kau akan rasai ,
kau lah yang paling tinggi di antara mereka yang lainnya.

Ramai umat manusia,
berkehendakkan membunuh diri sebagai asbab untuk keluar dari masalah kehidupan..
Lantaran mengapa harus membunuh diri sendiri,
sementara pintu keluar boleh dibina

Dan ramai juga mereka,
berniat mencederakan diri saat rasanya hati direnggut seribu luka,
maka mengapa diri menjadi korban?
Sementara perisai boleh dibina , ubat boleh dicipta buat pengubat hati yang luka.

Ah, masakan saintis yang terkemuka sahaja boleh membina ratusan ribu ubat untuk penyakit kronik,
walhal hati yang kecil sahaja tiada ubatnya.

Itulah perumpamaan dunia dan seisinya,
kau kata begitu dan begini,
namun kau tak sadar bahawa itu cumalah kata kata kosong mu,

Penat hidup ?
Kerusi urut bersepah di shopping mall.

'Ceh, bukan tu maksud aku, ni lain .. ni hidup' 

oh.. Jadi ?
kau mahu apa ?
mahu mati selamanya..
oh yaaa.. dan aku akan menjangka kan , kau akan berkata
penat nya mati ..

Ceh, nafsu mu sentiasa kau dahulukan,
sedarlah.
Hakikat hidup di dunia apa
Bercucuk tanamlah sementara tanah masih subur
sebelum hakikat kau tempuhi.

No comments:

Post a Comment