Tuesday, 18 July 2017

Late Adulthood

During our second semester, we had conducted an interviews for our case study regarding late adulthood under subject Human Development Psychology. Feel free to watch and leave feedback okay





Apakah itu Kemurungan?


PENGENALAN
Kemurungan (gangguan kemurungan utama) adalah penyakit perubatan biasa dan sangat serius yang boleh menjejaskan bagaimana anda rasa, cara anda berfikir dan bagaimana anda akan bertindak dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, setiap penyakit di dunia ini pasti ada ubat yang tertentu. Sama seperti kemurungan, ia juga masih boleh dirawat. Kemurungan menyebabkan perasaan sedih dalam diri atau kehilangan minat dalam aktiviti yang dilakukan yang boleh dikenali sebagai rasa sedih atau mempunyai perasaan yang tertekan. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah emosi dan fizikal serta boleh mengurangkan kemampuan seseorang untuk berfungsi di tempat kerja dan di rumah. Gejala kemurungan boleh berbeza-beza dari ringan kepada teruk dan boleh termasuk rasa sedih atau mempunyai hilang perasaan minat atau kesenangan dalam aktiviti sekali gus perubahan dalam selera makan yang  menyebabkan penurunan berat badan ataupun mempunyai waktu yang sukar untuk tidur, tidur terlalu banyak sehingga mengakibatkan lesu dan kekurangan tenaga atau meningkat tahap keletihan . Aktiviti fizikal akan turut terjejas, contohnya tangan kuyup, pergerakan yang perlahan dan pertuturan yang tidak teratur dan perlakuan tersebut hanya dapat dilihat dan diperhati oleh orang lain. Selain itu, individu juga akan merasakan pemikiran mereka tidak bernilai, tidak dapat menumpukan perhatian atau membuat keputusan untuk membunuh diri kerana bagi seseorang yang mempunyai masalah kemurungan, mereka hanya memikirkan kematian sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Cara-cara untuk mendiagnosis kemurungan adalah tanda-tanda ini akan hadir sepanjang hari sama ada setiap hari atau hampir setiap hari untuk sekurang-kurangnya dua minggu sekali dalam kehidupan. Di samping itu, gejala kemurungan akan menyebabkan kesedihan klinikal yang sangat penting atau kemerosotan nilai dalam diri. 
Kemurungan dapat dibezakan dengan sama ada seseorang individu itu mengalami kesedihan yang disebabkan oleh sesuatu perihal seperti kematian, kehilangan pekerjaan yang memberi sumber rezeki atau pengakhiran hubungan dan itu adalah suatu pengalaman yang sukar bagi seseorang untuk bertahan. Menjadi kebiasaan untuk kita mengalami perasaan kesedihan ini dan secara tidak langsung ia dapat  membangunkan tindak balas kepada situasi tertentu. Mereka yang kerap mengalami kehilangan kerap menggambarkan diri mereka sebagai "tertekan." Tetapi kesedihan yang dialami adalah tidak sama seperti seseorang mempunyai kemurungan. Proses bersedih adalah semula jadi dan unik kepada setiap individu. Kedua-dua kesedihan dan kemurungan ini mungkin melibatkan kesedihan yang melampau sehingga menyebabkan mereka menarik diri daripada aktiviti harian.
Kebanyakan orang tidak tahu apa itu kemurungan sebenarnya. Terdapat segelintir masyarakat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai kemurungan, dan itu kerana masyarakat tidak berusaha untuk memahaminya walaupun masalah kemurungan sering berlaku pada diri kita. Jadi, daripada kita mendengar kepada fakta yang salah baik adalah lebih baik kita mengetahui dan melihat fakta kemurungan dari sudut pendidikan. Orang ramai perlu memahami apa kemurungan kerana ia memberi kesan kepada lebih daripada 350 juta orang di seluruh dunia. Ini bermakna orang yang berada di sekeliling kita setiap hari boleh mempunyai kemurungan. Namun begitu ramai orang yang menyimpan kemurungan itu seorang diri dan menganggap bahawa tiada orang yang boleh menolongnya mengenai kemurungan yang dihadapinya kerana kekurangan pengetahuan. 
Apa yang sebelum ini dikenali sebagai kemurungan, kini dikenali sebagai kemurungan klinikal, kemurungan utama, atau hanya kemurungan dan biasanya dikenali sebagai gangguan kemurungan oleh ramai profesional penjagaan kesihatan. Kemurungan fizikal ditemui oleh seorang doktor Yunani bernama Hippocrates, dikreditkan dengan idea bahawa kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam empat cecair badan, dipanggil humors: hempedu kuning, hempedu hitam, kahak, dan darah .

Jenis-jenis kemurungan

1. Depresi utama (unipolar kemurungan)
Depresi utama juga dikenali sebagai unipolar kemurungan merupakan depresi  tahap kritikal. Perkara ini merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan sehariannya. Contohnya bekerja, tidur dan makan. Tanda-tanda penyakit psikologi ini adalah perasaan sedih yang berterusan, kekosongan, berputus asa, tidak berdaya, merasakan diri tidak berguna, dan sentiasa rasa bersalah. Tanda ini akan kekal selama sekurang kurangnya dua minggu pada pesakit tersebut. Depresi ini akan muncul sekali atau dua dalam hidup seseorang.

2. Dysthymia disorder
Dysthymia disorder merupakan satu jenis depresi ringan yang berlaku dalam jangka masa panjang. Kebanyakan pesakit yang menghidap ciri-ciri depresi ini tidak akan menghiraukannya kerana mereka tidak percaya bahawa gejala mereka ini bakal menyumbang kepada kemurungan yang dahsyat. Dysthymia disorder ini tidak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan harian pesakit namun ia akan memberi kesan jangka panjang. Orang yang mengalaminya akan sering terlupa atau tidak ingat akan sesuatu perkara semasa mereka tertekan.

3. Kemurungan(depresi) posnatum
Kemurungan posnatum atau meroyan adalah sesuatu yang biasa. Pendapat mengatakan seorang daripada empat ibu akan mengalami kemurungan ini. Kebanyakan ibu akan mengalami “baby blue” selepas melahirkan anak yang pertama. Seorang ibu yang menghidapi murung bayi. Pada fasa awal selepas melahirkan anak , ibu tersebut akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan ibu tersebut. Masalah ini adalah tidak serius dan berlaku dalam jangka masa pendek .

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

Masalah kemurungan di kalangan orang awam amat menjejaskan kesihatan mereka. Hal ini demikian kerana individu yang mengalami kemurungan mudah berputus asa dalam kehidupan. Tanda-tanda individu yang mengalami kemurungan dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa aspek iaitu perubahan sikap, gangguan emosi, dan perubahan fizikal individu tersebut. Antara tanda-tanda yang perlu dititikberatkan adalah:

Sedih yang berlarutan, gelisah atau berasa kosong.
Rasa diri tidak berguna dan bersikap pesimis terhadap diri sendiri.
Mudah berasa jengkel.
Sentiasa rasa diri bersalah, tidak berguna dan tidak berdaya untuk menolong sesiapa.
Hilang minat terhadap hobi dan aktiviti yang disukai.
Mudah berasa penat.
Tidak bermaya.
Sukar untuk menumpukan perhatian, mengingat sesuatu ataupun membuat keputusan.
Mempunyai kesukaran untuk tidur, bangun tidur yang terlalu awal atas faktor gelisah ataupun terlebih tidur.
Hilang selera makan dan berat badan berkurang atau sebaliknya.
Mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan putus harapan untuk meneruskan kehidupan.
Pening kepala, kekejangan otot, masalah pencernaan yang tidak dapat dikenal pasti puncanya dan tidak dapat diubati dengan rawatan daripada doktor.

Berikut merupakan tanda dan gejala yang biasa dialami oleh seseorang individu yang menghidapi kemurungan sama ada sedar atau tidak sedar. Seseorang individu berkemungkinan mengalami hanya beberapa tanda-tanda yang disebutkan dan ada individu yang lain mengalami hampir kesemua tanda-tanda dan gejala yang berikut. 

Saturday, 8 July 2017

Pesta Birumuh 2017

Today I'm gonna talk about Pesta Birumuh 2017 that was held at Serian, Sarawak on 1st April 2017 .

So apa tu Pesta Birumuh?
Mula2 pun aku tak tahu dan masa tu UNIMAS tengah cari volunteer untuk join perarakan Pesta Birumuh,maka aku dengan baik hatinya mengisi nama memandangkan cuti semester telahpun bermula. Tambahan pula benda tu free hewhew. Yelah nama pun volunteer kan mana ada orang bayar.
So yeah, lets get to know a little bit about Pesta Birumuh.

Pesta Birumuh ni kaum bidayuh (sebuah etnik di Sarawak) yang akan raikan selepas aktiviti 'beruma' ataupun menanam padi. Pesta ini juga dikenali sebagai Rami Onu Gawai dan masyarakat bidayuh akan berkumpul untuk meraikan hasil tuaian mereka. Ala senang cerita kenduri kesyukuran la bak kata orang melayu macam aku ni haa. Tujuan diorang sambut pesta ni sebenarnya, diorang ni tengah puja semangat padi agar hasil tuaian pada masa akan datang akan bertambah dari semasa ke semasa. Seram kan bunyinya sebab diorang puja semangat. Tapii kepercayaan masing masing kan? Marilah kita hormati dan raikan. Kenapa kena puja? Sebab mereka percaya padi ni ada roh / jiwa yang harus dihormati. Beras tak boleh disia-siakan dan kalau kita membazir, nanti beras tu tersinggung perasaan dan ini juga berkait rapat dengan semangat padi dan akan mengakibatkan hasil tuaian pada masa akan datang tidak memberansangkan. Ala senang cerita macam mak ayah aku ni haa, selalu sangat waktu kecik2 cakap 'Kalau tak habis nasi tu, nanti malam malam dia menangis' and guess what?! Aku pernah tak habiskan nasi semata nak dengar betul ke tak dia menangis and tak menangis pun hahahahah. Alahai semata mata betul stay up one night duduk kat dapur sebab nak tahu kebenaran. Tak tahu parents korang macam mana kan? Serian ni majoriti mereka bidayuh, sebab tu lah Pesta Birumuh ni diadakan kat sini. Macam macam etnik tadi ada tau dan kalau korang ada opportunity one day untuk join benda ni , please la pergi. This is the one side of hidden world in MALAYSIA yang korang tak akan jumpa kat mana mana . Kampung Budaya pun tak ada benda ni.

Sebab aku bukan Sarawakian kan so tak berapa nak tahu lah sangat pasal semua benda ni. Just tahu basic je dan tak sempat nak tanya sebab eksaited bak hang tengok baju tradisional diorang. Masa aku pergi tu under BAYU(Badan Budaya UNIMAS). Nak tahu bayu tu apa? Klik di sini. Perjalanan ke Serian memakan masa sejam macam tu and kalau gerak depan sikit nanti jumpa Ranchan. Port air kolam panas yang awesome!! Ceh, aku tak pernah lah pergi tapi member2 ah sembang tempat tu best apa smua. So yeah, that's all about my trip. Hope you guys enjoy it.

Sebahagian kaum yang menyertai perarakan pesta birumuh
Bersama makhluk yang dipercayai digunakan untuk memuja semangat padi

Kontijen UNIMAS yang menyertai pesta Birumuh


Monday, 6 February 2017

Kencing manis?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri pada harini akan ditulis di dalam bahasa Malaysia memandangkan dah nak genap sebulan aku melalui proses mematikan sel otak di rumah. Lagha, tengok kdrama, makan, tidur, dan pelbagai aktiviti yang sewaktu dengannya apabila seorang mahasiswa seperti aku cuti semester.

Entri kali ini aku terpanggil untuk bercerita tentang masalah kencing manis, darah tinggi dan penyakit yang common dikalangan rakyat Malaysia dulu kini dan selamanya mungkin?


Aku ada seorang pakcik ni. Beliau sekarang di ambang 60-an. Dah sayup2 orang kata gituw.. Mak dengan bapak aku cerita dia ni pelanggan tetap hospital di atas faktor kencing manis. Yelah, dah tua kan, common la tu ada sakit macam macam. Dengar cerita yang terbaru beliau kena admit hospital lagi sebab apa entah aku malas nak ambil port tapi as usual lah bapak aku cakap

'kencing manis lah tu'

dan aku yang noob pasal kesihatan ni tanyalah


'kenapa dia boleh kena kencing manis yah?'

(Ahahaha tak logik langsung tanya soalan macam ni untuk seorang pelajar yang dah berumur 20 tahun. Of course lah kan sebab pengambilan gula yang berlebihan dalam tempoh jangka masa yang panjang.) Tapi bukan jawapan tu yang ayah aku bagi. Ayah aku cakap 

'Sebab makan tu. Dia kan pangkat besar, orang selalu jemput makan sana sini. Asal meeting je mesti ada makan.' 'Ohhh....haah kan, tak terpikir pulak.'

Dan tiba tiba terflashback satu scene last year masa aku pergi klinik nak cuci telinga.

Tengah duduk lepak lepak sementara tunggu nombor giliran kena panggil untuk jumpa doktor, ada seorang budak medic dari MSU (tengah praktikal rasanya) approach aku. Tanya soalan basic mcm datang klinik sakit apa dengan siapa dari mana dsb. Aku pun cerita lah pasal earwax aku yang bermasalah dan dia cuba korek my family history record. (Benda biasa la kan doktor tanya, kotlah sakit keturunan ke apa). Ada satu soalan tu aku ingat tau dia tanya


'Mak ayah ada sakit apa apa tak?'
 'Takde, mak ayah saya sihat je.'
 'Kencing manis, darah tinggi semua takde?'
 'Haah takde, satu family sihat alhamdulillah'
 'Serious ke?'
 'Eh apa pulak nak tipu, Serious la ni 💁'
 ' Parents umur berapa?'
 ' 50 and 51'
 'Lepastu tak ada sakit apa apa ke? sihat je'
 'Ye. Semua sihat.'

(Masa ni dalam hati rasa nak bagi penampo je kat akak tu sebab tak percaya parents aku bebas dari penyakit "common" rakyat Malaysia.) Masa tu jugak aku pikir "kenapa ? Semua orang wajib ada darah tinggi semua tu ke cane? apesal la akak ni tak percaya aish."
Lepastu tak sempat nak borak sangat aku punya nombor dah kena panggil so aku pergi la jumpa doktor huhu.

Berbalik kepada topik penyakit "common" rakyat Malaysia, bila bapak aku kaitkan makanan dengan kencing manis, aku rasa sangat relevan dan nampak logiknya di situ. Family kitorang jenis yang kalau boleh hari hari kau makan sayur bening dan kalau takde sayur tu memang rasa gelisah la satu hari hahaha. Compared dengan pakcik aku tadi, aku selalu datang rumah dia time raya je. Yelah kan buat apa nak datang hari2 bukan rapat pun 😂😂 and kuih raya dia semua sedap sedap aka menggemukkan dan menambahkan berat badan yang kau cuba turunkan masa bulan Ramadhan. Aku cakap macam ni sebab rumah aku jenis hidang kuih raya takat kerepek tiga empat jenis, tart nenas tu wajib ada sebab parents aku hantu tart nenas, almond london? (ikut mood) ha tu je. Kalau jumpa kuih pelik2 tu sebab ada orang sedekah lettew. Entah, kita orang prefer bagi lauk rather then hidang kuih raya je actually. Tapi kalau kau datang sergah je memang kau jamah air kosong je la ye hihihi. Based on kuih raya kat rumah pakcik aku tu kita boleh tengok la kan cara pemakanan dia kat rumah macam mana. Lagila bila orang buat jamuan....makan free tu.. siapa lah nak tolak. Kalau besar tong tu, semua kau nak balun kan.. elehh, ngaku jela. Pergi walimah pun melantak. Ni lagi lah kau pangkat besar lepastu orang suka jemput kau merata rata lepastu ada makanan haaaa hahah. 

Aku takde lah nak bagi artikel kesihatan sebab zaman sekarang kan orang lagi suka refer pakcik google daripada doktor yang berhempas pulas demi segulung ijazah alih alih korang tak guna khidmat dia. *No bias tau kat sini* Tapi faktor biasa orang kena penyakit ni sebab tak jaga makanlah. Semua berpunca dari makanan sebenarnya. Hahah spesies aku lah kalau salah makan sikit mulalah perut nak buat pelik2, masuk angin lah, kembung lah, eh stress aku. Berbalik kepada kencing manis tadi, kalau nak salahkan gula je tak boleh jugak. Semua makanan yang kau ambil tu ada kuantiti gula tahu tak? Banyak sikit je beza dia. Tapi kalau makanan common macam air tin,pepsi,cola, 3 in 1 tu tahulah kan memang banyak kuantiti gula dia masya allah dan spesies macam aku yang terlebih 'rajin' ni memang suka lah benda macam ni. Mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan buah fikiran. Tapi lepas aku refleksi balik, lama dah aku berhenti minum 3 in 1 ni. Kalau tekak tu gatal nak cari air manis, mesti aku punya otak cakap 'Kau malas nak buat air ni, minum air masak jelah. Air manis leceh lah, nak kena ambil gula, nak bancuh lagi, lepastu nak kena basuh ' ha selalu dah mcm tu, and yes memang end up minum air kosong je haha oh tedah. Jap jap ni macam dah lari tajuk je ni. Alahai maklumlah memang suka menjemah.

Okay so point kat sini, jaga makan jaga makan jaga makan !!
Aku dah ta'akid kan dah tu. Jaga makan ! Dah aku dah kering nak tulis apa sebab aku tulis dari petang tadi lepastu tinggal kejap lesap semua benda nak cerita. Till we meet again.

Saturday, 31 December 2016

2017

Hey, what's up guys.

So today is the first day of 2017 !
Happy New Year to me and to all of you.
I'm planning to make each day count and to make my life as a history but I did not have the plan yet so yeah...
what if we start to write our self a journal or maybe a diary? For those who have not do it yet, we still have that time and for those who have done it a long time ago, Thumbs up ! You actually know how to value your life isn't it ? 😀

Feels like signing up for tumblr and will transfer all my post there. Nanti kalau dah siap aku roger okay 👄

Saturday, 17 December 2016

Stages in language acquisition

So ,  this is a follow up regarding my last video. Stay tune for more ! Hope you guys enjoy it ! Nanti dah free free balik rumah nanti kalau rajin I update blog lagi okay

Introduction linguistic

So guys, dah berhabuk bersawang dah blog ni.
Yep, im up for my degree and next week will be the end of semester 1.
Currently I'm doing a video about linguistic. So yeah hope you guys enjoy. Will be posting more video soon  😃