Sunday, 15 November 2015

Jerebu

J.E.R.E.B.U

Kau tahu seperti apa?
Datang tidak diundang,
pergi harus dihalau,
samalah seperti perangai sampah kau yang tak semenggah.
Tapi perbezaannya banyak,
datang dia akibat manusia,
sementara kau?

Eh nanti...bukankah kau seorang manusia?

J.E.R.E.B.U

Selalu disumpah seranah,
selalu dikutuk maki,
selalu disalah salahkan.
Bukan jerebu yang kena.
tapi pembuatnya mendapat azab berat.
Kalian hanya hebat mengorak kata,
acah menjadi keyboard warrior,
mula mencari punca,
padahal sama sekali tidak sedarkan diri,
bahawa kalian juga punca.
Tapi itulah.... ego,
masih juga mahu mencari kesalahan orang lain.

J.E.R.E.B.U

Penduduk membuat sepanduk,
penduduk merayu kata,
penduduk ingin mencari perhatian dunia.
Video disebar bukti kebenaran,
tapi aku di sini hiba kerana
suratkhabar seperti mendiamkan.
Aku lupa,
kebenaran selalu didiamkan,
selalu disalut emas permata,
kerana itulah ia sangat mahal.

J.E.R.E.B.U

Menjadi asbab dan alasan,
menjadi pickupline yang kita banggakan,
menjadi samar dalam pandangan,
yang pasti bukan menjadi hantu atau buaya.

Dan disini kehadisran jerebu amat bererti bagi mereka yang memahami.

No comments:

Post a Comment