Aku tidak menjanjikan kepimpinan sehebat Al-Fateh,
yang seimbang perkara dunia dan akhiratnya,
yang bertindak mengikut percakapannya,
yang tertanam niatnya membuka Kostantinopel,
yang luhur peribadinya,
yang bersemangat jiwanya,
yang kental di persada juang,
yang malamnya ibadat kepada Tuhan,
dengan penuh khusyuk dan tawaduk,
serta sepenuh pergantungan,
dan siangnya terisi bagai orang yang paling sibuk,
tanpa sedetik pun lupa akan misinya.
Aku tidak berani menabur janji,
seperti mereka yang lantang bersuara,
namun bila tiba masa agar dituntut,
semua sepi tidak bernyawa,
bagai bangkai yang hanya tunggu mereput,
yang selayaknya dibuang dan disisih,
..........................................................
Maaf, post ini tidak berbaur mana mana kritikan mahupun cacian dan tomahan.
Okay, mohon saya untuk menyambung kembali.
Aku hanya seorang pemikir,
Aku manusia dan kau pun sama,
Jiwa kita sama kerana berasal dari hasil gabungan sperma dan ovum,
Kerana aku faham apa itu akal dan apa itu nafsu,
Cuma dipinta,
pilihan di tangan kita,
ibarat setitis darah boleh menyelamatkan nyawa,
seperti itu pentingnya pilihan kita kepada negara,
kerana kita mempunyai hak bersuara,
......................................................
Manifesto kali ini bukan sekadar tulisan,
namun peringatan untuk adat sezaman.
No comments:
Post a Comment